Seramai 63 orang asnaf menerima sumbangan barangan dapur di Majlis Berbuka Puasa DUN Mata Ayer hari Khamis, 6 Mac 2025 lalu.
Asnaf dari 20 komuniti yang terdapat dalam DUN Mata Ayer telah dipilih untuk menerima sumbangan tahun ini.
Pusat Khidmat juga tahun ini tegas dalam memastikan penerima bukan individu yang pernah menerima bantuan dan sumbangan daripada pusat khidmat sebelum ini supaya dapat berlaku adil kepada semua.
Majlis anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Mata Ayer dan Majlis Tindakan DUN Mata Ayer tersebut diadakan bermula jam 6.30 petang dengan ucapan aluan oleh Pengarah MTD, Encik Ezuddin Hassan, diikuti ucapan tuan rumah, YB Wan Badariah Wan Saad, ADUN Mata Ayer dan ucapan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Padang Besar, YB Saad Seman.
Selesai penyerahan sumbangan, tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustaz Sabry Saad sebelum semua tetamu dijemput menikmati hidangan juadah berbuka dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.