Monday, 16 June, 2025
HomeRakyatBUBUR LAMBUK TRADISI BERBAGI REZEKI DARI ADUN TITI TINGGI

BUBUR LAMBUK TRADISI BERBAGI REZEKI DARI ADUN TITI TINGGI

Aktiviti pemberian bubur lambuk percuma menjadi salah satu tradisi yang dinantikan setiap tahun di sekitar DUN Titi Tinggi sempena bulan Ramadan.

Inisiatif ini dianjurkan oleh YB Tuan Izizam Ibrahim, ADUN Titi Tinggi, dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Titi Tinggi.

Setiap tahun, program ini dilaksanakan di beberapa lokasi strategik seperti masjid, pusat khidmat, dan kawasan tumpuan ramai di sekitar Titi Tinggi.

Melalui program ini, beliau berhasrat untuk memastikan setiap penduduk, terutama mereka yang kurang berkemampuan, dapat merasai nikmat berbuka puasa dengan bubur lambuk yang disediakan.

Selain daripada itu, program ini mencerminkan komitmen beliau dalam memastikan kebajikan rakyat diutamakan.

“Program ini bukan sahaja tentang makanan, tetapi juga tentang nilai kemanusiaan dan perpaduan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi ini adalah satu usaha tulus pihaknya untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim dalam masyarakat, di mana setiap hidangan yang diagihkan adalah keprihatinan kita terhadap mereka yang sedang menjalani ibadah puasa.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments