Seramai 30 peniaga di DUN Tambun Tulang menerima khemah niaga dari YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tambun Tulang.
Majlis penyerahan khemah tersebut pada 5 Mac 2025 di hadapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tambun Tulang.
Peniaga yang menerima khemah tersebut adalah peniaga yang terdiri dari peniaga makanan, minuman, barang keperluan harian dan barangan dapur.
Hasrat YB Zikri merupakan ADUN Tambun Tulang ingin memastikan peniaga memaksimumkan penggunaan khemah yang diberi.
“Jangan simpan khemah yang saya beri ini, guna sebaiknya,” ujar beliau.
Selain itu, YB Zikri berharap khemah ini menjadi tempat teduhan untuk peniaga mencari rezeki.