Monday, 16 June, 2025
HomeKebajikanBAITI JANNATI TNB BAWA SENYUMAN KEPADA WARGA EMAS

BAITI JANNATI TNB BAWA SENYUMAN KEPADA WARGA EMAS

Pada 28 Feb 2025, satu penyerahan bersejarah telah diadakan di kawasan Pauh apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan kunci rumah kepada penerima rumah Program Baiti Jannati kepada Encik Che Othman bin Mat di Kampung Kubang Siput, Pauh Arau Perlis.

Program ini, yang merupakan inisiatif TNB untuk menyediakan rumah mampu milik kepada golongan yang memerlukan, bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan memberikan tempat tinggal yang selesa kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

Penyerahan rumah ini turut disaksikan oleh YB Megat Hashirat Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, yang turut mengambil bahagian dalam penyerahan penting ini.

Dalam ucapannya, Megat Hashirat Hassan menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada TNB kerana telah memilih kawasan Pauh untuk menjalankan program ini.

Menurutnya Program Baiti Jannati TNB adalah salah satu contoh kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan dalam membantu masyarakat.

“Ini adalah langkah yang sangat penting dalam memperkasa komuniti setempat dan memastikan tiada keluarga yang terpinggir tanpa tempat tinggal yang selesa,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments