Sunday, 16 March, 2025
HomeKebajikanSUMBANGAN KATIL DAN KERUSI RODA TANDA KEPRIHATINAN

SUMBANGAN KATIL DAN KERUSI RODA TANDA KEPRIHATINAN

Pada 21 Feb 2025, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Megat Hashirat Hassan, telah menyerahkan sumbangan berbentuk katil hospital dan kerusi roda kepada pesakit yang memerlukan di beberapa Kawasan DUN Pauh dengan kerjasama Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan pesakit serta memastikan mereka mendapat kemudahan kesihatan yang lebih baik semasa menjalani rawatan.

“Sebagai wakil rakyat, adalah tanggungjawab saya untuk memastikan setiap lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan, mendapat akses kepada kemudahan kesihatan yang baik.

Dengan sumbangan ini, diharap dapat meringankan sedikit kesulitan yang dialami oleh pesakit dan keluarga mereka,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemberian katil hospital dan kerusi roda ini adalah salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis kepada mereka yang menghadapi kesulitan untuk mendapatkan kemudahan tersebut.

Katil hospital yang disumbangkan adalah bagi memudahkan pesakit yang terpaksa dirawat di rumah, manakala kerusi roda pula diutamakan kepada pesakit yang mengalami kesukaran untuk bergerak.

Selain itu, Megat Hashirat Hassan juga berkata bahawa usaha kebajikan ini akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai golongan yang memerlukan mendapat manfaat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments