Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumBEKALAN BERAS PUTIH TEMPATAN 10KG MULA DIJUAL DI PERLIS

BEKALAN BERAS PUTIH TEMPATAN 10KG MULA DIJUAL DI PERLIS

Exco Pertanian Razali Saad pada 3 Mac telah meninjau bekalan beras putih tempatan (BPT) di dua buah pasaraya utama sekitar Kangar iaitu Pasaraya Seri Utama di Behor Pulai dan Pasaraya Karim, Titi Chai.

Menurutnya setakat ini stok beras putih tempatan masih lagi banyak dan beliau berharap supaya masyarakat tidak membuat pembelian secara panik supaya semua masyarakat akan mendapatkannya.

“Beras putih tempatan mula dijual di Perlis bermula 1 Mac lalu, dengan harga RM26 bagi 10kg,” katanya.

Tambahnya sebanyak 3000 kampit beras, bersamaan 30 metrik tan telah memasuki pasaran di Perlis.

“Setakat ini hampir 10 buah pasaraya-pasaraya utama di sekitar Padang Besar, Kangar dan Arau sudahpun membuat jualan,” menurutnya.

“Sebagai peringatan beras putih tempatan ini bukanlah untuk dijual kepada para peniaga, sebaliknya untuk dijual kepada masyarakat yang memerlukan seperti golongan B40 dan sebagainya.

Beliau juga berharap supaya bekalan beras tempatan akan terus memasuki pasaran secara berkekalan dan Kerajaan Negeri sentiasa mengatur mekanisme yang terbaik dari masa ke masa untuk mengatasi masalah bekalan beras putih tempatan yang tidak mencukupi dalam pasaran.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments