Saturday, 22 March, 2025
HomeKebajikanARC PERLIS MEWAKILI MB PERLIS SANTUNI MASYARAKAT DALAM KONVOI KEBAJIKAN

ARC PERLIS MEWAKILI MB PERLIS SANTUNI MASYARAKAT DALAM KONVOI KEBAJIKAN

Keprihatinan dan kepimpinan berjiwa rakyat YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, terzahir melalui Konvoi Kebajikan ARC Perlis yang turun menyantuni masyarakat di Dun Sanglang, petang semalam (28 Februari 2025).

Konvoi ini bermula di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Sanglang dengan solat Asar berjemaah di surau sebelum dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis.

Sebanyak 10 buah rumah telah disantuni, dengan setiap keluarga menerima sumbangan yang disampaikan bagi pihak beliau.

Program ini turut disertai oleh ADUN Beseri, Haziq Asyraf, merangkap Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perlis, serta Tuan Mustaqim Abdullah, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis.

Sebagai inisiatif bulanan, Konvoi Kebajikan ARC Perlis akan terus menjelajah ke setiap Dun di negeri ini, membawa harapan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments