Sunday, 20 July, 2025
HomeInfrastrukturKAEDAH TANAH PERLIS 2024: MEMODENKAN URUSAN TANAH

KAEDAH TANAH PERLIS 2024: MEMODENKAN URUSAN TANAH

Pengurusan tanah yang cekap dan sistematik adalah kunci kepada pembangunan negeri yang mampan.

Menyedari akan keperluan untuk menambah baik proses pentadbiran tanah, Kerajaan Negeri Perlis telah memperkenalkan Kaedah Tanah Perlis 2024 yang akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2025.

Langkah ini bertujuan mempercepat serta memperkemaskan proses permohonan tanah, seiring dengan keperluan semasa.

Dalam ucapan YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dalam Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis (Februari) Tahun 2025 di Dewan Bankuet itu, beliau mengumumkan bahawa kaedah baharu ini akan menggantikan Perlis Land Rules 1987 yang sudah tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

Kaedah Tanah Perlis 2024 menekankan digitalisasi serta kemudahan akses kepada pemohon.

Antara pembaharuan utama yang diperkenalkan ialah sistem pemfailan digital, pemantauan status permohonan secara dalam talian, serta proses kelulusan yang lebih telus dan pantas.

Usaha ini dijangka mempercepatkan urusan pemilikan tanah, mengurangkan birokrasi, dan meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran tanah negeri.

Kerajaan Negeri Perlis juga mengiktiraf peranan Pejabat Pengarah Tanah dan Pejabat Penasihat Undang-undang Perlis dalam memastikan kejayaan pelaksanaan kaedah ini.

Dengan adanya sistem pentadbiran tanah yang lebih moden dan efisien, Perlis bakal menjadi destinasi pilihan bagi pelabur hartanah dan pemaju pembangunan, sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments