Sunday, 20 July, 2025
HomePelaburanPERLIS SEDIA TERIMA PELABURAN, INFRASTRUKTUR TERUS DIPERKUKUH

PERLIS SEDIA TERIMA PELABURAN, INFRASTRUKTUR TERUS DIPERKUKUH

Perlis kini berada dalam kedudukan terbaik untuk menerima kemasukan pelabur berikutan kemudahan infrastruktur yang telah tersedia dan dinaik taraf.

EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Hubungan Sempadan Negeri Perlis, Izizam Ibrahim, menegaskan bahawa negeri ini sudah bersedia sepenuhnya dengan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan pelabur.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di acara MIDA Invest Series – Perlis: Uncovering the Hidden Gem yang berlangsung di Perdana Hall, MIDA Sentral, Kuala Lumpur, pada 20 Februari 2025, semalam.

“Kita memang sudah bersedia, segala kemudahan asas seperti jalan raya, air, dan elektrik telah pun dinaik taraf.

“Dalam masa yang sama, kita tetap akan terus menambah baik infrastruktur ini dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan industri yang lebih besar,” katanya.

Izizam Ibrahim turut menekankan kelebihan kedudukan strategik negeri Perlis, yang menjadi pintu sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand merupakan faktor penarik utama pelabur masuk ke CVIA.

Beliau percaya faktor ini menjadikan Perlis lokasi yang ideal untuk pelabur luar.

Dalam pada itu, fasa pertama projek Pelabuhan Darat Perlis dijangka siap sekitar Julai hingga Ogos tahun ini dan dijangka memberi impak positif terhadap ekonomi negeri.

“Setiap pelaburan yang masuk akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi tempatan.

“Dalam masa yang sama, hak rakyat tetap menjadi keutamaan kami,” tambah beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan negeri dalam perancangan untuk menambah baik infrastruktur perumahan bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan dan pekerja kilang yang bakal dibuka di CVIA.

Semua agensi berkaitan juga telah bersiap sedia bagi memastikan pertumbuhan pelaburan dapat berjalan dengan lancar.

Beliau menyeru para pelabur untuk melihat potensi besar yang ada di Perlis dan percaya bahawa negeri ini mampu menjadi salah satu hab industri utama di utara Semenanjung Malaysia.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments