Sunday, 16 March, 2025
HomeUmum30 PRODUK BAHARU HARUMANIS PERLIS MENDAPAT NAMA DI PERINGKAT GLOBAL

30 PRODUK BAHARU HARUMANIS PERLIS MENDAPAT NAMA DI PERINGKAT GLOBAL

Sebanyak 30 produk inovatif berasaskan mempelam harumanis kini menjadi pemacu kepada penjenamaan Perlis di peringkat antarabangsa.

Dihasilkan oleh Athanliz Innovation Sdn. Bhd. (AISB), syarikat pemula Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Perlis, produk-produk ini merangkumi makanan, minuman serta  kosmetik.

Produk-produk tersebut berjaya menmenempa nama di pameran dan pertandingan di luar negara seperti Perancis, Emiriah Arab Bersatu (UAE), India, Pakistan, Thailand dan China.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menegaskan bahawa inovasi ini bukan sahaja memperkenalkan keunikan harumanis ke pasaran global, malah memastikan buah ikonik negeri ini dimanfaatkan sepenuhnya tanpa pembaziran.

“Kesemua 30 produk ini dihasilkan dengan konsep sisa sifar (zero waste), di mana setiap bahagian harumanis isi, biji dan kulit, digunakan sepenuhnya bagi menghasilkan pelbagai produk berkualiti,” katanya selepas Majlis Pelancaran Produk: Kuih Raya Edisi Harumanis di Pusat Agro Pelancongan Bukit Temiang, hari ini.

Menurutnya, langkah ini bukan sahaja memaksimumkan potensi harumanis sebagai produk komersial tetapi turut membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk terlibat dalam penghasilan dan pemasaran produk inovasi ini.

Bagi memperluaskan pasaran, AISB juga menjalinkan kerjasama dengan Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-China-Acheh.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan tempatan tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta sektor agro pelancongan.

Mohd Shukri Ramli turut menekankan bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh universiti dalam penghasilan produk harumanis ini telah memastikan kualiti terjamin, di samping membuka lebih banyak peluang ekonomi dan meningkatkan pendapatan usahawan kecil di Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments