Sunday, 16 March, 2025
HomeKebajikanEXCO KEBAJIKAN SERU PERPADUAN DAN KEPRIHATINAN

EXCO KEBAJIKAN SERU PERPADUAN DAN KEPRIHATINAN

Program Sentuhan Kasih PETRONAS sempena Tahun Baru Cina 2025 berlangsung dengan penuh bermakna apabila seramai 40 penerima sumbangan, terdiri daripada penghuni Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit serta klien penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menerima bantuan yang disalurkan oleh pihak PETRONAS.

Datin Marzita Binti Mansor, EXCO Kebajikan Negeri Perlis yang turut hadir dalam program tersebut, menyatakan rasa syukur dapat bersama-sama menyantuni golongan yang memerlukan serta menekankan kepentingan perpaduan dalam masyarakat.

“Perpaduan adalah kunci kesejahteraan. Apabila kita berganding bahu tanpa mengira latar belakang, lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu,” ujarnya.

Tambahnya, beliau berharap program seperti ini terus diadakan untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan.

Turut hadir ialah Pengarah JKM Negeri Perlis, En. Ku Chik bin Ku Mat Esa, Timbalan Pengarah Strategik JKM Negeri Perlis, En. Rusdi bin Ishak, serta wakil pengusaha Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit, Datin Ong Kim Leng.

Program ini mencerminkan semangat “Keluarga Malaysia”, di mana pihak kerajaan, sektor korporat, dan masyarakat berganding bahu dalam membantu golongan yang memerlukan. Diharapkan kerjasama erat antara PETRONAS dan JKM terus diperkukuh bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments