Saturday, 22 March, 2025
HomeUmumLANGKAH TANPA SEMPADAN MENYUSURI JEJAK KEBERKATAN - ADUN TITI TINGGI

LANGKAH TANPA SEMPADAN MENYUSURI JEJAK KEBERKATAN – ADUN TITI TINGGI

Pada 17 Februari 2025, satu lagi peristiwa bersejarah terlakar apabila berlangsung acara pelepasan kembara penjalan kaki ke Mekah diadakan di Stesen Teksi Padang Besar, Perlis.

Acara yang dimulakan pada jam 9 pagi tersebut dirasmikan oleh YB Izizam Bin Ibrahim, seorang wakil rakyat yang dikenali dengan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat.

Dalam majlis tersebut, Beliau menyampaikan kata-kata semangat kepada para peserta, mendorong mereka untuk terus berusaha dalam menunaikan ibadah umrah yang sangat dinanti-nantikan.

Peserta yang terlibat ialah Shamsul Azril Bin Man, 44 tahun, dari Kota Sarang Semut, dan Mohamad Farhan Bin Khadid, 35 tahun.

Mereka yang memulakan perjalanan ini dari Bertam pada 3 Februari 2025, dan kini mereka berada di penghujung perjalanan mereka di Malaysia.

Pelepasan ini juga merupakan simbolik kerjasama yang erat antara Malaysia dan Thailand dalam usaha memudahkan perjalanan ibadah umat Islam.

Kedua-dua negara terus berusaha untuk mewujudkan suasana yang mendukung bagi jemaah, mengingat betapa pentingnya ibadah umrah dalam kehidupan setiap Muslim.

Semoga Shamsul Azril dan Mohamad Farhan, serta semua jemaah yang berangkat, sentiasa dalam lindungan-Nya sepanjang perjalanan menuju Tanah Suci,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments