Sunday, 16 March, 2025
HomeInfrastrukturPADANG BOLA SEPAK FELDA RIMBA MAS DIBAIK PULIH

PADANG BOLA SEPAK FELDA RIMBA MAS DIBAIK PULIH

Adun Titi Tinggi mengadakan lawatan meninjau dengan lebih dekat usaha yang sedang giat dijalankan dalam membaik pulih padang bola sepak di Felda Rimba Mas.

Dalam suasana yang penuh semangat, YB Izizam telah menyaksikan sendiri usaha pemulihan itu serta memberikan sokongan kepada projek berkenaan.

Beliau mengambil sedikit masa untuk berbual dengan para petugas dan belia disitu untuk mendengar pandangan dan harapan mereka terhadap padang bola yang sedang diberi nafas baharu ini.

“Usaha ini bukan sekadar tentang membaiki padang, tetapi merupakan satu pelaburan masa depan untuk anak-anak kita,” kata YB Izizam.

Sejak beberapa minggu lalu, kerja-kerja meratakan padang telah pun selesai, dan kini dalam proses penanaman semula rumput, pembuatan garisan, dan penyediaan tiang gol.

Dalam lawatan ini, YB Izizam turut mengambil kesempatan untuk memberi pujian kepada belia Felda Rimba Mas yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek pemulihan ini.

Lawatan ini diakhiri dengan harapan yang tinggi dari YB Izizam bahawa padang bola sepak yang sedang diperbaharui ini akan menjadi lokasi aktif untuk aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.

“Semoga padang ini tidak hanya menjadi tempat untuk bermain bola sepak, tetapi juga menjadi pusat aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah untuk semua anak-anak muda di sini,” katanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments