Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumSAYA LEBIH NAK BAGI "BOKKAIL" - MB PERLIS

SAYA LEBIH NAK BAGI “BOKKAIL” – MB PERLIS

“Saya lebih nak bagi bokkail, bukan nak bagi ikan,” kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam ucapannya sempena Pesta Wau dan Sukan Angin Timur DUN Beseri 2025.

Beliau menegaskan kepentingan rakyat untuk berusaha dan berdikari dalam mencari rezeki berbanding hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan asas sebagai permulaan, namun rakyat perlu berusaha sendiri untuk membina kehidupan yang lebih stabil.

“Tapi sebelum bagi bokkail, takpa lah kita bagi ikan sikit-sikit.”

“Tapi dia perlu ikhtiar buat bokkail sendiri, kalau boleh bagi ada kerja sendiri, boleh menabung sikit,” tambah beliau.

Dalam majlis perasmian tersebut, beliau turut menekankan betapa pentingnya sikap prihatin dan semangat bantu-membantu dalam masyarakat bagi memastikan kesejahteraan rakyat Perlis.

“Saya harap kita semua dapat menjadi prihatin, bantu-membantu dan kita kena usaha bagi rakyat hidup selesa,” katanya.

Beliau turut mengaitkan mesej ini dengan tema Belanjawan Negeri Perlis 2025, “Perlisku Bestari Berkat Lestari”, yang menekankan aspek pembangunan mampan serta pemerkasaan ekonomi rakyat.

“Rakyat perlu berusaha supaya hidup berkat di samping menabung untuk memenuhi keperluan mereka,” ujarnya lagi.

Ucapan tersebut mendapat perhatian ramai, dengan ramai yang menyokong inisiatif kerajaan negeri untuk menggalakkan budaya berdikari dalam kalangan rakyat Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments