Sunday, 16 March, 2025
HomePertanianPROJEK PERINTIS BAWANG MERAH BANTU TINGKATKAN KETERJAMINAN MAKANAN

PROJEK PERINTIS BAWANG MERAH BANTU TINGKATKAN KETERJAMINAN MAKANAN

Razali Saad, Exco Pertanian Negeri Perlis baru-baru ini melawat Projek Penanaman Bawang Merah yang diusahakan oleh Md Salihin Abdul Rahman di Kampung Rambai, Padang Siding, Arau.

Terdapat 4 kawasan setakat ini yang menjadi Projek Perintis kepada tanaman bawang merah iaitu di Kampung Rambai (0.3 hektar), Hutan Temin (0.58 hektar), Oran (0.29 hektar), dan Titi Tinggi (0.4 hektar), dan jenis bawang merah yang ditanam adalah varieti Bima Brebes dari Indonesia.

Menurut pengusaha Md Salihin Abd Rahman, projek di Kampung Rambai keseluruhannya seluas 1 hektar, namun bagi musim pertama tanaman, hanya 0.3 hektar sahaja yang digunakan.

Razali Saad dalam pada itu sangat berbangga dengan perkembangan positif apabila projek tanaman di Kampung Rambai ini telah berjaya menghasilkan 300 kilogram bawang merah bagi hasil tuaian pertama.

Razali turut menegaskan bahawa projek tanaman bawang ini bukan sahaja meningkatkan pengeluaran bawang, malah membuka peluang kepada rakyat di negeri ini untuk terlibat dalam industri berkenaan, di samping memastikan bekalan bawang merah tempatan mencukupi untuk dipasarkan dalam pasaran tempatan.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dan sebagainya akan terus memberi insentif berupa benih, input serta infrastruktur kepada pengusaha supaya projek ini berjaya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments