Pada hari Jumaat, 21 Februari 2025, langit Perlis bakal diserikan dengan keindahan Wau Helang yang berterbangan megah di Pesta Angin Timur 2025.
Pertandingan Wau Helang merupakan salah satu acara yang paling dinantikan-nantikan oleh masyarakat di sini.
Ia akan menampilkan kepakaran peserta dalam menerbangkan wau helang dengan pelbagai rekaan unik yang bakal mencipta panorama menakjubkan di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau, Perlis nanti.
Pesta Angin Timur yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Februari 2025 ini turut menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang lain.
Antara tarikan lain yang menanti pengunjung ialah Demonstrasi Masakan Warisan dengan pelbagai hidangan tradisional, Pertunjukan Wau Moden yang memperlihatkan keunikan seni layang-layang, serta Arca Jerami Gergasi yang mempamerkan kreativiti luar biasa peserta dalam menggubah reka bentuk jerami padi.
Selain itu, Pertandingan Deklamasi Sajak/Puisi Loghat Utara memberi peluang kepada pencinta seni untuk menunjukkan bakat mereka dalam
Antaranya termasuklah Pertandingan Pukul Bantal, Pertandingan Mewarna Simpan SSPNÂ serta Demonstrasi Mencanting Batik yang memberi dengan kreativiti masing-masing.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai produk tempatan melalui Jualan Rahmah dan Car Boot Sales.
Gerai-gerai pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi turut akan mempamerkan pelbagai inisiatif dan peluang dalam bidang keusahawanan yang boleh diterokai oleh masyarakat.
Pesta ini turut mengetengahkan aspek kerohanian dengan Persembahan Nasyid yang akan berlangsung pada Malam Kerohanian di Pentas Utama.
Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan Pertandingan Lagu Irama Malaysia serta Pertandingan Nyanyian Lagu 60-an Pop Yeh Yeh yang membawa nostalgia buat peminat muzik klasik tanah air.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan Pesta Angin Timur 2025 kali ini !
“Mai Pakat Mai Ramai-Ramai!”