Sunday, 20 July, 2025
HomeUmumBOLA BENDANG DAN CABARAN BERLUMPUR TARIKAN UTAMA PESTA ANGIN TIMUR 2025

BOLA BENDANG DAN CABARAN BERLUMPUR TARIKAN UTAMA PESTA ANGIN TIMUR 2025

Pertandingan Bola Bendang bakal menjadi acara paling dinanti-nantikan pada hari Sabtu, 22 Februari 2025, dalam Pesta Angin Timur 2025.

Dengan cabaran bermain bola di sawah berlumpur, pertandingan ini akan menguji ketangkasan para peserta.

Selain itu, Perlis International Mud Challenge turut mencuri perhatian.

Tidak ketinggalan, Pertandingan Perlis Open Tug of War di mana setiap pasukan bertanding dalam cabaran tarik tali di tengah sawah.

Pertandingan Gusti Lengan pula menampilkan para peserta untuk beradu kekuatan demi merebut gelaran juara.

Bagi peminat sukan rakyat, Pertandingan Batu Selambut dan Pertandingan Dam Aji membawa kembali nostalgia permainan tradisional.

Pertandingan Pukul Bantal di atas titi pula akan mencetuskan gelak tawa di mana peserta akan cuba menumbangkan pihak lawan tanpa jatuh ke dalam lumpur dan air.

Dalam kategori sukan ekstrem, kami menganjurkan Pertandingan Kayuh Basikal Atas Titi.

Pesta ini juga dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan lain seperti Pertandingan Tangkap Itik, Pertandingan Memasak Asam Pedas Perlis, Pertandingan Membuat Pulut Udang Perlis, dan Pertandingan Membuat Kuih Tepung Talam.

Bagi pencinta seni dan warisan, pengunjung boleh menyaksikan Demonstrasi Masakan Warisan, Demonstrasi Mencanting Batik, dan Demonstrasi Permainan Gasing.

Dalam kategori ketangkasan, pihak penganjur mengadakan Pertandingan Mr. Badang Gempaq dan Pertandingan Petani Sado untuk menguji ketangkasan peserta, manakala kanak-kanak dan remaja boleh menyertai Pertandingan Beyblade.

Seni persembahan turut menyerikan pesta ini, dengan adanya Persembahan Muzik Gendang Terinai, Muzik Alu Bunyi & Awang Batil, serta Pertandingan Akhir Lagu Irama Malaysia.

Pada waktu malam, Pertunjukan Layang-Layang Bercahaya akan menghiasi langit sebelum acara kemuncak, iaitu Majlis Perasmian Pesta Angin Timur 2025, yang akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis.

Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan seperti Gotong-Royong Kenduri Rakyat, Pameran dan Jualan Produk Keusahawanan, Promosi Gerai Pameran Jabatan/Agensi, dan Car Boot Sales turut diadakan.

Pengunjung juga boleh menyertai Peraduan Teka Berat Padi serta menikmati keindahan Belon Udara Panas yang menghiasi langit.

Sesi DJ & Promosi Gerai Jualan pula menambah kemeriahan dengan muzik santai dan tawaran menarik daripada peniaga.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kemeriahan Pesta Angin Timur 2025!

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments