Saturday, 22 March, 2025
HomeKebajikan150 PELAJAR SIMPANG EMPAT CERIA KE SEKOLAH

150 PELAJAR SIMPANG EMPAT CERIA KE SEKOLAH

Seramai 150 pelajar yang terdiri daripada asnaf, orang kelainan upaya (OKU), dan dari keluarga berpendapatan rendah sekitar DUN Simpang Empat telah menerima bantuan berupa pakaian sekolah melalui Program Ceria Ke Sekolah anjuran TNB Sdn Bhd dengan Kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Simpang Empat.

Program ini telah berlangsung pada Rabu, 12 Febuari lalu, di Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Kangar Jaya, Seriab.

Setiap pelajar menerima baucar pakaian bernilai RM100, dan hanya boleh ditebus di Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Kangar Jaya.

Menurut ADUN Simpang Empat, Razali Saad, program sebegini bukan sahaja dapat meringankan kos perbelanjaan persekolahan bagi ibu bapa berpendapatan rendah, tetapi dapat memberi semangat kepada para pelajar dalam memulakan pembelajaran.

Selain itu Razali Saad juga berharap agar para pelajar terus berjaya dalam pembelajaran supaya menjadi generasi yang berilmu, berakhlak mulia, dan dapat berbakti kepada masyarakat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments