Monday, 16 June, 2025
HomePertanianPROJEK TANAMAN VANILLA PERTAMA DI PERLIS

PROJEK TANAMAN VANILLA PERTAMA DI PERLIS

Razali Saad, Exco Pertanian Perlis baru-baru ini melawat Projek Tanaman Vanilla (Anaqi’s Vanilla) yang diusahakan oleh sepasang suami isteri, Zainudin Zainul Abidin dan Nurul Aini Syazana Baba di Sungai Gial, Kampung Kubang Gajah, Arau.

Anaqi’s Vanilla yang baru sahaja beroperasi ini mempunyai keluasan 20×50 kaki persegi, mampu untuk menempatkan lebih daripada 100 pokok vanilla.

Selain itu, pemilik projek vanilla itu juga merupakan pengusaha popcorn di Perlis dan bertekad untuk mengeluarkan popcorn berperisa vanilla suatu hari nanti.

Menurut Zainudin, beliau mensasarkan pengeluaran vanilla sebanyak 1 kilogram per pokok, dengan harga pasaran boleh mencecah RM 1,500 per kilogram selepas dikeringkan.

Dalam pada itu tambahnya nilai bagi benih vanilla pula boleh mencecah sehingga RM 30 hingga RM 35 bagi satu pokok.

“Kita perlu berbangga dengan usaha gigih yang ditunjukkan oleh pengusaha ini kerana buat julung kalinya tanaman vanilla diusahakan secara komersial di negeri Perlis,” ujar Razali.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments