Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumEKSPEDISI PELAYARAN KUALA PERLIS - LANGKAWI PERKUKUH SUKAN LAYAR

EKSPEDISI PELAYARAN KUALA PERLIS – LANGKAWI PERKUKUH SUKAN LAYAR

Ekspedisi Pelayaran Kuala Perlis – Langkawi anjuran Persatuan Perahu Layar Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, 10 Februari 2025.

Acara ini berjaya menggalakkan aktiviti sukan air dalam memperkasakan sukan perahu layar di peringkat negeri.

Sesi pelepasan ekspedisi ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, pada jam 9 pagi di Jeti Kompleks Kastam Kuala Perlis.

Di samping itu, turut hadir Exco Belia & Sukan Negeri Perlis, Mohd Ridzuan Hashim, serta pegawai-pegawai sukan negeri dalam memberi sokongan padu kepada para atlet negeri.

Seramai sembilan orang pelayar terlibat dalam ekspedisi ini, dan ekspidisi ini dijangka akan menguji ketahanan fizikal dan mental mereka sepanjang perjalanan ke Langkawi.

Selain itu, Orang ramai tidak ketinggalan turut hadir bagi memberikan sokongan moral kepada para pelayar.

Ekspedisi ini bukan sahaja menjadi platform bagi pelayar untuk meningkatkan kemahiran mereka, tetapi juga sebagai langkah untuk menarik minat lebih ramai golongan muda menyertai sukan perahu layar di negeri Perlis.

Dengan inisiatif seperti ini, diharapkan sukan layar akan terus berkembang dan melahirkan lebih ramai atlet berbakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis pelepasan berlangsung dalam suasana yang penuh bersemangat dengan harapan agar semua peserta berjaya mengharungi cabaran ekspedisi ini dan selamat tiba di destinasi yang ditetapkan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments