Sunday, 16 March, 2025
HomePelanconganPROMOSI PELANCONGAN PERLU LEBIH AGRESIF - MB PERLIS

PROMOSI PELANCONGAN PERLU LEBIH AGRESIF – MB PERLIS

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, menegaskan bahawa usaha promosi pelancongan negeri perlu lebih agresif bagi menarik lebih ramai pelancong dan merancakkan ekonomi tempatan.

“Pemain industri, NGO, komuniti setempat dan seluruh rakyat Perlis berperanan sebagai duta pelancongan negeri,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa aktiviti promosi dalam dan luar negara, melalui platform media sosial, akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Alhamdulillah, setakat Disember 2024, kita telah menerima kehadiran 2.99 juta pelancong, dan ini merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Kerajaan Negeri.”

“Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan jumlah pelancong kepada 4.0 – 5.0 juta orang pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 33.8% sehingga 67.2% daripada tahun sebelumnya.”

Untuk mencapai sasaran ini, Kerajaan Negeri bersama-sama Perlis State Secretary Incorporation (PSSI), yang bertindak sebagai badan Perlis Tourism, akan memperhebatkan usaha promosi pelancongan melalui pendekatan yang lebih strategik dan meluas.

Sesi libat urus telah dan akan terus dilaksanakan dengan melibatkan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, pemain industri, sektor swasta, serta persatuan-persatuan pelancongan bagi memastikan setiap pihak memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri dalam menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

“Jumlah ini membuktikan bahawa Perlis mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, dan kita akan terus memperkukuh promosi serta infrastruktur bagi memastikan pertumbuhan berterusan,” ujarnya.

Bagi tujuan ini, sebanyak 515 ribu ringgit telah diperuntukkan.

Sementara itu, sebanyak 785 ribu ringgit pula diperuntukkan untuk pemasangan papan tanda dan papan iklan baharu di lokasi strategik serta penyelenggaraan papan tanda sedia ada.

Langkah ini bagi memastikan maklumat pelancongan mudah diakses terus bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 pada 23 Januari lalu, yang dihadiri oleh penjawat awam Perlis dan Persekutuan, bertempat di bertempat di Dewan Banquet Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Kangar, Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments