Sunday, 16 March, 2025
HomePelaburanPERLIS SASAR TARIK LEBIH BANYAK PELABURAN

PERLIS SASAR TARIK LEBIH BANYAK PELABURAN

Perlis menyasarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi merancakkan ekonomi negeri ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, menegaskan bahawa kerajaan negeri telah menetapkan dasar pengurusan kemasukan pelabur ke Chuping Valley Industrial Area (CVIA) bermula 2025.

Beliau berkata, dasar ini bertujuan memastikan fasilitasi penuh kepada pelabur serta menawarkan insentif seperti diskaun tanah industri bagi menarik minat pelabur.

“Insya-Allah, pelabur pertama di CVIA akan mula beroperasi pada suku kedua tahun 2025,” katanya.

Sehingga tahun 2024, Perlis telah meluluskan sepuluh cadangan pelaburan swasta dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1.8 bilion.

Kerajaan negeri turut menggalakkan pelaburan dalam sektor pembuatan, selari dengan aspirasi State Government  of 4 (SG4) untuk memajukan ekonomi wilayah utara.

SG4 ialah inisiatif yang melibatkan empat negeri, Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, dalam usaha meningkatkan daya saing ekonomi melalui polisi mesra pelabur dan pembangunan strategik.

Beliau turut menekankan bahawa kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah kunci kejayaan dalam menjayakan agenda pelaburan di Perlis.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 pada 23 Januari lalu, yang dihadiri oleh penjawat awam Perlis dan Persekutuan, bertempat di Dewan Banquet Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Kangar, Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments