Monday, 16 June, 2025
HomeAgamaMALAM PENGHAYATAN ISLAM ERATKAN HUBUNGAN MUSLIM PERLIS-THAILAND

MALAM PENGHAYATAN ISLAM ERATKAN HUBUNGAN MUSLIM PERLIS-THAILAND

Satu Majlis Malam Penghayatan Islam telah diadakan di Masjid Al-Munawwarah Sadao, Thailand, pada 29 Januari 2025 lalu.

Pihak masjid yang menganjurkan majlis tersebut turut mengundang delegasi dari Perlis bagi mengeratkan ikatan silaturahim antara masyarakat Muslim di Perlis dan Thailand.

Majlis tersebut juga menjadi medan menyampaikan ilmu dan tausiah mengenai pentingnya menjalankan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Delegasi Perlis diketuai oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, bersama EXCO Hubungan Sempadan, Izizam Ibrahim, serta EXCO Agama Ustaz Mohammad Azmir Azizan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments