Sebanyak 200 pek makanan dan limau telah diagihkan kepada masyarakat dalam program Walkabout & Ramah Mesra Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) pada 26 Januari lalu.
Program tersebut dilaksanakan sebagai tanda keperhatinan dan bantuan sempena Tahun Baru Cina di sekitar kawasan Bukit Lagi, Kaki Bukit, dan Padang Besar.
Program ini diadakan bersama EXCO Pengangkutan Perlis, Izizam Ibrahim , Pengerusi MKJR Negeri Perlis dan Pusat Khidmat Dun Titi Tinggi dengan tujuan untuk memperkukuh hubungan antara pihak agensi dan rakyat tempatan.
Dengan adanya program ini, diharapkan masyarakat akan lebih prihatin mengenai kepentingan keselamatan jalan raya dan perpaduan antara masyarakat.