Pada 23 Januari 2025 telah berlangsung Majlis Pemeteraian Pelan Tindakan Bagi Mentranformasikan Perkhidmatan Bekalan Air di Negeri Perlis di Antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Air Perlis (SAP) bertempat di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Cyberjaya, Selangor.
Kerjasama antara SPAN dan SAP bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat Negeri Perlis.
Menurut EXCO Infrastruktur Perlis, Izizam Ibrahim berkata, ia merupakan satu langkah besar ke arah masa depan yang lebih lestari dalam memberikan perkhidmatan air kepada rakyat Perlis.
Turut hadir bersama Tuan Ir. Ts Dr. Hj Mohmad Asari Bin Daud, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis.