Sunday, 16 March, 2025
HomeKomunitiADUN SENA LAWAT PROJEK KOMUNITI MADANI DI KAMPUNG SEMPERING

ADUN SENA LAWAT PROJEK KOMUNITI MADANI DI KAMPUNG SEMPERING

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Datin Marzita binti Mansor, hari ini melawat Projek Komuniti Madani yang diusahakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sempering dengan kerjasama penduduk setempat.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek yang dirancang bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti serta memperkukuhkan perpaduan di kalangan penduduk.

Projek tersebut dilihat sebagai usaha kolektif masyarakat dalam membangunkan kampung demi manfaat bersama.

Sepanjang lawatan, Datin Marzita meluangkan masa meninjau beberapa inisiatif utama yang telah dilaksanakan, termasuk program pembangunan sosial dan ekonomi yang memberi impak positif kepada penduduk.

Beliau turut berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk serta mendengar pandangan mereka mengenai projek yang dijalankan.

Projek Komuniti Madani di Kampung Sempering dijangka menjadi model kepada kampung lain dalam merancang dan melaksanakan inisiatif pembangunan komuniti secara mampan dan bersepadu.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments