Monday, 16 June, 2025
HomeUmum"TERIMA KASIH PERLIS" - DR. AMINURRASYID

“TERIMA KASIH PERLIS” – DR. AMINURRASYID

“Terima kasih Perlis, dan seluruh warga Perlis.”

“Ini adalah kesungguhan yang tidak berbelah bagi.”

Prof Madya Dr. Aminurrasyid melontarkan penghargaan ini semasa berucap dalam slot Pidato Al-Aqsa: “Masjid dan Amanah Kita” sempena pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia 2025 di Dataran ABC, Kangar, Perlis, pada 25 Januari, malam tadi.

Dalam pidatonya, beliau menyeru umat Islam agar terus memperkukuh iman dan kesatuan demi membebaskan Masjidil Aqsa.

“Roh dan jiwa kita adalah demi Al-Aqsa.”

“Kita cuba mengambil semangat daripada para pejuang Al-Aqsa, merangsang dan membara semangat kita ke arah yang lebih baik.”

“Yakinlah, Al-Aqsa tidak mampu dibebaskan tanpa keimanan yang maksimum dalam kalangan pejuang, dan tanpa kebersamaan orang-orang yang beriman,” tegas beliau.

Beliau turut mengingatkan para hadirin agar tidak menjadi golongan munafik dalam perjuangan membela Baitulmuqaddis dan menekankan pentingnya persediaan yang utuh.

“Alangkah indahnya jika kita dapat bersama-sama memantapkan semangat, bersedia, dan menyediakan segala-galanya untuk bersama-sama dalam perjuangan ini,” ujarnya lagi.

Dr. Aminurrasyid juga mengaitkan perjuangan ini dengan keberkatan tanah air, menyeru agar Perlis menjadi contoh teladan kepada seluruh Malaysia.

“Dengan gagasan Perlisku Bestari, kita suburkan keberkatan bumi Perlis ini, bahkan hingga ke seluruh Malaysia.”

“Maka alangkah baiknya jika bumi Malaysia ini kita perkukuhkan bersama, insya-Allah,” katanya penuh harapan.

Mengakhiri ucapannya, beliau menggesa semua lapisan masyarakat untuk memperbaharui niat dan berjuang bersama dalam usaha yang lebih besar.

Beliau turut memuji usaha pemuda yang memulakan konvoi solidariti petang tadi, dengan menjadikan perjuangan ini sebagai pembakar semangat.

Program ini menjadi simbol perpaduan dan tekad bersama, dengan harapan agar satu hari nanti, solat kemenangan di Masjidil Aqsa dapat menjadi kenyataan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments