Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumPALESTIN TITIK PERUBAHAN HIDUP

PALESTIN TITIK PERUBAHAN HIDUP

“Redha itu adalah menerima apa yang Allah bagi dengan rasa ‘okay’ dan berkata, ‘Ya Allah, aku terima kasih Ya Allah, mudah-mudahan dengan cara ini kita dapat masuk ke syurga Allah,” ujar Salimah Habibi dalam ucapannya penuh emosi semasa Majlis Pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia 2025 di Dataran ABC, Kangar, Perlis.

Majlis yang berlangsung pada jam 9 malam itu menyaksikan kehadiran lebih 500 orang yang hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Dalam slot bertajuk Talkshow Istimewa Al-Quds, “Masjid dan Amanah Kita”, Salimah berkongsi pengalaman yang sangat menyentuh hati tentang perjuangan saudara-saudara kita di Gaza.

Beliau menceritakan ketabahan luar biasa rakyat Gaza yang menghadapi pelbagai ujian hidup dengan penuh redha dan keyakinan kepada Allah.

“Apa yang buat saya terkesan adalah cara mereka memandang semua perkara yang datang dari Allah itu sebagai yang terbaik.”

“Tak kira lah luka, kesedihan, suami meninggal, anak pecah kepala, dan sebagainya, mereka tetap redha,” katanya dengan suara sebak, menggambarkan kecekalan hati mereka yang luar biasa.

Salimah turut berkongsi perbualan menyentuh hati dengan seorang kanak-kanak di Gaza yang berkata, “Allah ambil keluarga aku dalam keadaan gembira yang tiada akhirnya, maka untuk apa aku bersedih?'”

Seterusnya, semasa beliau juga menekankan peranan wanita dalam perjuangan ini.

“Wanita bukan hanya sebagai ibu yang melahirkan pejuang, tetapi juga sebagai penggerak, pembimbing, dan penyalur semangat bagi setiap pergerakan.”

“Mereka yang berada di Gaza, di medan perang, banyak yang berjuang dengan cara mereka sendiri iaitu dengan menjaga keluarga dan menjadi pemangkin generasi akan datang,” katanya dengan penuh semangat.

Salimah mengakhiri ucapannya dengan satu pesanan penting,

“Redha itu bukan hanya sabar, tetapi menerima dengan hati yang tenang, mengatakan, ‘Ya Allah, aku terima, dan aku yakin ini yang terbaik untuk aku.'”

Majlis pelancaran ini mengingatkan semua yang hadir tentang pentingnya menjaga amanah, menyokong perjuangan Al-Quds, dan terus berdoa untuk mereka yang sedang berada dalam kesulitan.

Pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia 2025 bukan sahaja menjadi platform untuk menyemai rasa cinta dan tanggungjawab terhadap umat Islam, tetapi juga untuk menanam kesedaran tentang erti sebenar perjuangan dan ketabahan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments