Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumAL-AQSA, AMANAH SELURUH UMAT ISLAM

AL-AQSA, AMANAH SELURUH UMAT ISLAM

 

“Apabila rumah mereka musnah dan ahli keluarga  mereka terkorban, mereka tetap mengucapkan syukur kepada Allah.”

Itulah antara kata-kata penuh keinsafan oleh Encik Muath Seyam, wakil dari Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), yang telah disampaikan dengan penuh semangat semasa slot Pidato Al-Aqsa: Masjid dan Amanah Kita.

Pidato ini menjadi salah satu pengisian utama dalam Majlis Pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia 2025 yang berlangsung di Dataran ABC, Kangar, Perlis, 25 Januari, malam tadi.

“Kita kadang-kadang rasa seolah-olah kehilangan harapan untuk kemenangan. Namun, janji Allah bukan seperti janji manusia.”

“Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya,” ujar beliau dalam pembukaan pidatonya.

Dalam ucapan yang menyentuh hati itu, Encik Muath menekankan bahawa perjuangan rakyat Palestin tidak pernah berhenti walaupun mereka telah kehilangan lebih 500,000 nyawa.

Dalam pidatonya, Encik Muath turut mengetengahkan tiga perancangan utama Israel terhadap Gaza yang akhirnya gagal.

“Israel ingin menjajah semula Gaza, tetapi lihatlah selepas gencatan senjata baru-baru ini.”

“Tentera penjajah akhirnya berundur. Gaza tetap teguh, walaupun 85% kawasan itu musnah.”

“Usaha untuk menghapuskan Hamas juga menemui jalan buntu.”

“Adakah Hamas telah tewas? Tidak.”

“Mujahidin Al-Qassam tetap berdiri gagah di jalanan, malah Abu Ubaidah, jurucakap mereka, muncul pada hari pertama gencatan senjata dengan ucapan kemenangan.”

“Ini bukan tanda kekalahan.”

Mengakhiri pidatonya, Encik Muath menyeru umat Islam Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.”

“Apa yang akan kita jawab di hadapan Allah kelak? Jika kita tidak dapat berbuat banyak, sekurang-kurangnya kita boleh berdoa dan mendermakan apa yang mampu.”

“Adakah kita telah membantu mereka?”

Beliau menutup pidatonya dengan harapan besar, “Satu hari nanti, kita akan melaksanakan solat kemenangan di Masjidil Aqsa.”

“Janji Allah pasti akan tiba.”

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments