Konvoi bersempena Minggu Al-Quds Sedunia 2025 hari ini, 25 Januari, menyaksikan ucapan penuh semangat daripada YB Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Ahli Parlimen Alor Setar merangkap Penasihat Alternative Riding Club (ARC).
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Exco Belia dan Sukan, Ustaz Ridzuan Hashim, dan ADUN Beseri, Haziq Asyraf.
Beliau menegaskan bahawa perjuangan ini bukan sekadar simbolik tetapi adalah usaha berterusan demi Palestin.
“Kita bukan nak ride syok-syok saja. Kita nak gunakan senjata yang kita ada, iaitu doa.”
“Walaupun sudah berlaku genjatan senjata antara Palestin dan Israel, kita tidak akan berhenti berjuang sehingga Baitulmaqdis dibebaskan sepenuhnya,” ujar beliau.”
Beliau turut mengecam dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perjuangan untuk Palestin tidak lagi relevan.”
“Ada tauke besar yang cakap kita tak perlu boikot, katanya Palestin sudah pun bebas.”
“Kita nak bagitahu kepada pihak Israel, pihak Amerika, bahawa kami, anak muda, pemuda umat Islam dari seluruh Malaysia, bermula dari negeri Perlis ini, akan terus berjuang, mempertahankan apa yang kami ada sehingga Baitulmaqdis dibebaskan sepenuhnya.”
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Exco Belia dan Sukan, Ustaz Ridzuan Hashim, dan ADUN Beseri, Haziq Asyraf.
