Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Titi Tinggi telah menganjurkan program sukan sempadan pada 23 Disember 2024 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar.
Menurut EXCO Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Izizam Ibrahim, beliau berkata program ini bertujuan mengeratkan kerjasama hubungan sempadan antara Malaysia dan Thailand.
“Dan program ini akan kita akan jadikan program tahunan,” tambah beliau.
Penyertaan sukan ini melibatkan jabatan dan agensi Negeri Perlis dan Selatan Thailand dimana antara sukan yang terlibat adalah bola sepak, bola jaring, takraw dan sukaneka.
Dianggarkan penyertaan delegasi Thailand adalah seramai 120 orang.
Turut hadir ketua-ketua jabatan yang terlibat bagi menyempurnakan program.