Wednesday, 11 February, 2026
HomeKebajikanKONVOI KASIH MENYANTUNI ASNAF DUN CHUPING

KONVOI KASIH MENYANTUNI ASNAF DUN CHUPING

ADUN Chuping, Saad Seman dengan kerjasama PKWR Chuping dan Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Kawasan Chuping, Tuan Haji Mohd Ali Puteh telah menganjurkan Program Konvoi Maulidur Rasul dan Hari Malaysia pada 22 September 2024 yang lalu.

Konvoi ini diketuai sendiri oleh ADUN Chuping, Haji Saad Seman dan diiringi oleh Tuan Haji Mohd Ali Puteh bersama hampir 30 buah motosikal.

Pada masa sama, program ini bertujuan untuk menziarahi golongan asnaf di Kawasan Chuping dan menyerahkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban.

Turut hadir juga, YDP MPK, Tuan Affendi Rajini Kanth dan Pengarah JSMK MPK, Puan Rosmariani Ab Rashid.

Dengan adanya program seperti ini, kita dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama dalam masyarakat dan menimbulkan rasa keprihatinan dalam diri terhadap masyarakat yang memerlukan.

Menurut ADUN Chuping, beliau amat berbangga dengan semua yang terlibat kerana sanggup berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan program ini.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments