Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tambun Tulang menganjurkan Jualan Sejahtera 6.0 pada 22 Januari 2025 di hadapan PKWR Tambun Tulang di Laman Niaga MPK Titi Chai, Kangar Perlis.
Jualan Sejahtera melibatkan jualan ayam segar, daging tempatan dan beras dengan harga yang berpatutan dan istimewa buat penduduk Dun Tambun Tulang.
Program Jualan Sejahtera ini mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat. Ia bukan sahaja meringankan beban ekonomi rakyat, tetapi usaha ini juga menyokong industri tempatan, khususnya penternak dan pengusaha kecil.
Dengan inisiatif seperti Jualan Sejahtera, YB Wan Zikri Afthar bin Ishak, ADUN Tambun Tulang dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tambun Tulang membuktikan komitmennya dalam menjaga kebajikan rakyat dan membantu meringankan kos sara hidup.