Sunday, 16 March, 2025
HomePendidikanEXCO PENDIDIKAN PERLIS LAWAT INSTITUSI PENDIDIKAN SELATAN THAI

EXCO PENDIDIKAN PERLIS LAWAT INSTITUSI PENDIDIKAN SELATAN THAI

Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Perlis, Muhammad Azmir Azizan mengadakan kunjungan hormat lawatan ke tiga wilayah Selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Hatyai bagi melihat perkembangan pembangunan pendidikan Islam di madrasah serta universiti setiap wilayah Selatan Thailand.

Muhammad Azmir berkata, perjuangan dan pengorbanan yang tinggi khususnya umat Islam di Selatan Thailand untuk memastikan Pendidikan Islam di sana terus berkembang.

“Kami sempat melawat beberapa institusi pendidikan di sana, antaranya; Madrasah Islahiah Yala, Universiti Fatoni, Madrasah Darul Hikmah Yala, Al Maahad As Somadee Fatoni, Masjid At Taawun Hatyai dan Phariyan Wittaya School, Hatyai”, ujar beliau.

Kunjungan hormat lawatan ke Selatan Thailand Muhammad Azmir diiringi oleh Norhamizi Bin Yaacob, Pengarah Yayasan Islam Negeri Perlis.

Muhammad Azmir berharap agar, semoga dengan lawatan ilmu ke Selatan Thailand ini dapat memberi manfaat kepada perkembangan Pendidikan Islam di Perlis dan Selatan Thailand.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments