ADUN Sena, Datin Marzita Mansor menyantuni masyarakat Tionghua di kawasannya sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025.
Beliau bersama pegawai PKWR DUN Sena turun ke Taman Gasing, Jejawi dan Kampung Sena, Kangar pada 22 Januari lalu.
Beliau berkesempatan mengunjungi dan beramah mesra dengan masyarakat setempat disamping menyampaikan bantuan pek makanan kepada mereka.
“Menjadi satu kepuasan kepada Kak Ta bila dapat bertemu dengan masyarakat sebab ini peluang untuk lebih memahami keperluan dan aspirasi mereka,” ujar beliau.