Monday, 16 June, 2025
HomeUmumMPKK PERLIS TERIMA ELAUN BERMULA JANUARI

MPKK PERLIS TERIMA ELAUN BERMULA JANUARI

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, menyampaikan elaun yang dijanjikan kepada Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) di Dewan Warisan, Kangar, disini semalam.

Majlis ini menjadi tumpuan kerana pengumuman pemberian elaun baharu itu dijangka membawa implikasi kewangan sebanyak RM3,065,040 setahun kepada kerajaan negeri.

Beliau mengumumkan elaun MPKK akan merangkumi RM300 untuk Pengerusi, RM200 untuk Setiausaha, RM20 untuk setiap kehadiran ahli mesyuarat, dan RM100 untuk pengendalian mesyuarat.

Dalam ucapannya, YAB Menteri Besar turut memaklumkan bahawa elaun bagi bulan Januari akan disalurkan secara tunai bagi memastikan proses pembayaran lebih mudah pada peringkat awal.

Seterusnya, elaun untuk bulan-bulan berikutnya akan disalurkan melalui pemindahan elektronik (EFT) untuk memudahkan urusan pembayaran yang lebih sistematik dan selamat.

Beliau berharap langkah ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada anggota MPKK untuk terus komited menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin di peringkat akar umbi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan kampung di negeri Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments