Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumPERLIS MENJADI TUAN RUMAH PELANCARAN MINGGU AL-QUDS SEDUNIA

PERLIS MENJADI TUAN RUMAH PELANCARAN MINGGU AL-QUDS SEDUNIA

Perlis bakal mencatat sejarah sebagai tuan rumah Majlis Pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia 2025, sebuah acara yang menghimpunkan umat Islam dalam solidariti terhadap perjuangan Palestin.

Acara ini dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2025 (Sabtu), bertempat di Dataran ABC MAIPS, Kangar, dari jam 6:00 petang hingga 11:00 malam.

Sebagai pembuka tirai, acara ini akan dimulakan dengan Pelancaran Konvoi Minggu Al-Quds pada jam 5:00 petang, yang akan disempurnakan oleh YB Ust Afnan Hamimi.

Konvoi ini diadakan sebagai simbolik kepada kebangkitan kesedaran umat Islam terhadap kepentingan mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Setelah itu, majlis akan diteruskan dengan Persembahan Soutul Amal pada jam 8:00 malam, yang akan menyemarakkan semangat para hadirin melalui alunan nasyid-nasyid bertemakan perjuangan.

Seterusnya, suasana akan menjadi lebih ilmiah apabila sesi Talkshow bertajuk “Al-Aqsa: Masjid & Amanah Kita” bermula.

Diskusi ini menampilkan Ustaz Nabil Ahmad, Salima Habibi dan YB Ust Yusni Mat Piah, manakala Encik Hanif Jamaluddin akan berperanan sebagai moderator acara.

Perbincangan ini akan membawa penonton menyelami isu Palestin dari sudut agama dan peranan umat Islam dalam mempertahankan tanah suci tersebut.

Bagi mengupas lebih lanjut tentang perjuangan dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin, sesi Pidato “Al-Aqsa: Masjid & Amanah Kita” akan berlangsung pada jam 9:15 malam.

Barisan pemidato terdiri daripada Prof Madya Dr Aminurrasyid, Saudara Imran Sulaiman selaku Presiden (GAMIS), YB Ustaz Tarmizi Yahaya, serta wakil The Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Encik Badreden Seyam.

Mereka akan berkongsi perspektif dari sudut akademik, politik dan aktivisme dalam usaha memperjuangkan nasib Palestin.

Sebagai kemuncak acara, Majlis Pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia akan berlangsung pada jam 10:30 malam dan bakal dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Pelancaran ini menandakan bermulanya Minggu Al-Quds, sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap perjuangan Palestin.

Justeru, semua rakyat Malaysia dijemput hadir bagi menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Ayuh bersama kita hadir dan tunjukkan keprihatinan terhadap nasib saudara kita di bumi Palestin!

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments