Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumTINJAUAN TAPAK : PERSIAPAN MAJLIS PELANCARAN MINGGU AL-QUDS

TINJAUAN TAPAK : PERSIAPAN MAJLIS PELANCARAN MINGGU AL-QUDS

Satu lawatan tapak telah pun berlangsung semalam bagi meninjau kesesuaian lokasi yang bakal dijadikan tapak program serta merancang susur atur khemah dan perjalanan program.

Lawatan ini melibatkan beberapa pihak penting yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program tersebut.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah EXCO Hal Ehwal Agama Negeri Perlis, Ustaz Azmir Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Ustaz Nazim Mohd Noor, Penyelia program Minggu Al Quds, Haziq Asyraf, dan Encik Mubarak, wakil dari Yayasan Islam Perlis untuk memastikan segala aspek diteliti bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.

Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti keadaan lokasi dari segi kesesuaian tapak, kemudahan asas yang tersedia, serta merangka susunan khemah dan perjalanan program bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

Untuk makluman, segala persiapan ini adalah sebahagian daripada usaha menjayakan majlis yang akan berlangsung pada 25 Januari ini.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments