Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumMB PERLIS MELAWAT UNIVERSITI FATONI, PERKUKUH HUBUNGAN PENDIDIKAN

MB PERLIS MELAWAT UNIVERSITI FATONI, PERKUKUH HUBUNGAN PENDIDIKAN

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, bersama delegasi rasmi, termasuk Exco Penerangan dan Digital, Ustaz Asrul Imran, telah mengadakan lawatan ke Universiti Fatoni, Thailand, bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembangunan ummah pada 12 Januari 2025 yang lalu.

Delegasi Perlis ini telah disambut mesra oleh Gabenor Patani, Puan Patimah Sadiyamu, serta Rektor Universiti Fatoni, Dr. Ismail Lutfi Japakia, bersama barisan pengurusan tertinggi universiti.

Lawatan ini menjadi platform penting dalam bertukar pandangan serta memperoleh nasihat bernilai untuk memperkasakan umat Islam, khususnya dalam konteks pendidikan dan pembangunan sosial.

“Alhamdulillah, pelbagai mutiara nasihat telah saya peroleh untuk diamalkan dalam usaha membangunkan dan menyatukan ummah.”

“Saya kagum melihat usaha mereka dalam membangunkan umat Islam yang merupakan penduduk minoriti di negara Thailand,” ujar YAB Menteri Besar.

Sepanjang lawatan, mereka turut melawat bangunan Majma’ Sirajuddin Jamalullail Perlis, iaitu Fakulti Al-Qur’an dan As-Sunnah yang telah dilancarkan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Fakulti ini berperanan sebagai pusat pengajian Islam yang menjadi tunjang dalam pembentukan intelektual Islam yang cemerlang.

YAB Menteri Besar turut menzahirkan penghargaan atas layanan istimewa yang diterima sepanjang lawatan serta kemudahan fasiliti yang cemerlang di sana.

“Insya-Allah, kami akan terus mencari ruang kerjasama bersama pihak universiti demi pembangunan ummah,” tambah beliau.

Lawatan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Perlis dan Universiti Fatoni dalam usaha bersama membangunkan institusi pendidikan Islam serantau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments