Saturday, 22 March, 2025
HomeUmumGSA FC BERI SAINGAN HEBAT KEPADA PATTANI FC

GSA FC BERI SAINGAN HEBAT KEPADA PATTANI FC

Pada hari Ahad yang lepas, 12 Januari 2025, sebuah perlawanan persahabatan antara GSA FC dari Perlis dan Pattani FC telah pun berlangsung di Rainbow Stadium, Pattani.

Walaupun GSA FC tewas dalam perlawanan ini, pasukan tersebut tetap menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Perlawanan ini diadakan sebagai sesi pemanas badan sebelum musim Liga Super Thailand bermula nanti.

Selain itu, perlawanan ini turut ditonton oleh kehadiran delegasi Malaysia, termasuk YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, EXCO Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Izizam Ibrahim, EXCO Penerangan dan Digital, Ustaz Asrul Imran dan Ahli Jawatankuasa Kelab GSA FC.

Ketibaan rombongan dari Malaysia ini telah disambut dengan meriah oleh Gabenor Wilayah Patani, Puan Patimah Sadiyamu.

Layanan yang diberikan kepada delegasi Malaysia amat dihargai oleh semua pihak yang terlibat.

Dalam perlawanan ini, Mohd Ikmal Faiz bin Azmi telah menerima anugerah sebagai Penyerang Terbaik, manakala Mohammad Faizal bin Kadir dianugerahkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.

Selain itu, Kamarul Hilmi bin Adean turut menerima penghargaan sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Pengiktirafan ini telah diberikan oleh pihak Pattani FC atas prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh ketiga-tiga pemain sepanjang perlawanan itu berlangsung.

“Kerajaan Negeri Perlis amat berterima kasih atas layanan mesra serta fasiliti yang terbaik sepanjang berada di Pattani.”

“Insya-Allah, kami akan terus mencari peluang kerjasama dalam bidang sukan demi mengeratkan hubungan persaudaraan antara Perlis dan Pattani,” ujar YAB Menteri Besar Perlis

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments