Sunday, 20 July, 2025
HomeUmumMB PERLIS PUJI KEBERSIHAN PASAR MALAM KANGAR

MB PERLIS PUJI KEBERSIHAN PASAR MALAM KANGAR

Pada hari rabu yang lepas, YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, telah pun turun padang meninjau keadaan Pasar Malam Kangar sekitar jam enam petang.

Tinjauan ini turut disertai oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Ustaz Asrul Imran Abd Jalil, EXCO Belia & Sukan, Ustaz Ridzuan Hashim serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth.

Dalam tinjauan tersebut, beliau berpuas hati dengan tahap kebersihan yang dikekalkan oleh peniaga dan pengunjung.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YDP dan MPK kerana memulakan konsep pasar malam yang bersih.”

“Apabila saya tinjau tadi, memang betul-betul bersih.”

“Mudah-mudahan sikap ini menjadi contoh di seluruh negeri Perlis, dan kita akan viralkan usaha ini supaya para peniaga mengekalkan kebersihan di mana-mana sahaja, sama ada di pasar malam, pasar tani, nat, atau lokasi lain,” katanya.

Pasar Malam Kangar yang telah wujud sejak tahun 1980-an kini diperbaharui dengan usaha Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan serta idea daripada Tuan Yang Dipertua MPK.

Inisiatif ini bertujuan untuk menghidupkan kembali suasana pasar malam, memberi peluang kepada penduduk Perlis menikmati kemeriahan serta membantu peniaga menjana pendapatan.

Pasar malam bukan sahaja berfungsi sebagai pusat jual beli, malah turut menjadi satu kepentingan sosial dan budaya bagi komuniti setempat.

Ia menjadi tempat pertemuan penduduk tempatan untuk berkumpul, berinteraksi, serta menjalin hubungan sosial.

Selain itu, pasar malam juga mencerminkan kekayaan budaya dan warisan tempatan melalui pelbagai jenis makanan, barangan, serta aktiviti yang dijalankan.

Dengan usaha berterusan daripada pihak berkuasa tempatan dan kerjasama peniaga serta pengunjung, diharapkan kebersihan dan keunikan pasar malam ini dapat dikekalkan sebagai warisan bernilai untuk generasi akan datang.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments