Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumPERTANDINGAN MEMANCING CHUPING MERIAH

PERTANDINGAN MEMANCING CHUPING MERIAH

Pertandingan Memancing anjuran tiga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam DUN Chuping berlangsung meriah di JPS Kampung Cikgu Ali, semalam.

Acara ini telah menarik banyak penyertaan ramai penduduk tempatan yang bersemangat merebut gelaran juara.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Saad Seman, bersama ahli MPKK yang lain, memberikan sokongan kepada para peserta.

Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana pertandingan yang disambut dengan penuh keterujaan oleh penduduk kampung.

Turut mencuri perhatian, kehadiran YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, yang meluangkan masa menyaksikan pertandingan sebelum meneruskan ziarah ke beberapa lokasi sekitar kampung.

Selepas menghadiri pertandingan tersebut, beliau melawat beberapa rumah penduduk yang uzur di Kampung Kok Klang dan Paya Burma

Beliau mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan supaya dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

Selain itu, YAB juga dibawa meninjau sebuah makam lama di Kampung Cikgu Ali, yang dikenali sebagai Kubur Tok Nai Kerlong.

Keunikan makam ini menjadi perhatian kerana penjangnya yang melebihi kubur-kubur lain di kawasan tersebut.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada beliau untuk mendengar secara langsung pelbagai isu dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat, khususnya berkaitan pembangunan kampung dan kemudahan asas.

Oleh itu, beliau berharap agar perhatian yang diberikan ini dapat membawa manfaat serta perubahan positif kepada masyarakat setempat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments