Saturday, 22 March, 2025
HomeUmumPERLIS LANCAR KEMPEN "NAK TENANG, NAK BAHAGIA ? JOM BACA AL QURAN."

PERLIS LANCAR KEMPEN “NAK TENANG, NAK BAHAGIA ? JOM BACA AL QURAN.”

YAB Menteri Besar Perlis telah merasmikan pelancaran Kempen “Nak Tenang? Jom Baca Al-Quran” dalam Karnival Sambutan Tahun Baru 2025 yang berlangsung di Dewan 2020.

Kempen ini adalah kesinambungan daripada Kempen Hayya Ala-Solah yang dilancarkan pada tahun lepas, bertujuan untuk memupuk amalan membaca Al-Quran dalam kalangan masyarakat sebagai sumber ketenangan dan kebahagiaan jiwa.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Tuan Rus’sele Eizan, ADUN Santan, Ustaz Azmir Azizan, ADUN KAYANG, Ustaz Asrul Imran, serta Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim.

Dalam ucapan perasmian, YAB Menteri Besar menekankan keperluan untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama kehidupan.

Kempen ini diharapkan menjadi platform bagi rakyat Perlis untuk lebih mendekatkan diri kepada Al-Quran, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memupuk nilai-nilai spiritual yang kukuh.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments