Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumTAHUN BAHARU, INISIATIF BAHARU PERLIS

TAHUN BAHARU, INISIATIF BAHARU PERLIS

Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 berlangsung dengan meriah di Dewan 2020, Kangar, dengan kehadiran sekitar 2500 orang.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dalam ucapan perasmiannya menekankan komitmen Kerajaan Negeri untuk memacu Perlis ke arah kecemerlangan dengan tema Perlisku Bestari Berkat Lestari.

Beliau mengumumkan beberapa inisiatif penting untuk tahun 2025, termasuk pelaksanaan Skim Kafalah Perlis, yang menyediakan bantuan khairat kematian kepada golongan rentan tanpa mengira kaum dan agama.

“Kerajaan negeri akan terus memberi fokus kepada kebajikan rakyat melalui bajet yang mengutamakan kesejahteraan sosial.”

“Dalam sektor pelancongan, program Tahun Melawat Perlis (TMPs) akan diteruskan dengan sasaran 3.5 juta pelancong.”

“Acara seperti Pesta Angin Timur dan promosi Perlis Geopark dijangka mampu menarik lebih ramai pelawat serta memperkukuh sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negeri,” kata Menteri Besar Perlis.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pentadbir negeri agar mengamalkan prinsip amanah dan integriti dalam menjalankan tugas.

Beliau juga menyeru rakyat untuk lebih berdikari dan keluar dari zon selesa demi memajukan diri dan negeri.

Ucapan beliau diakhiri dengan doa agar Perlis terus diberkati di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan menjadi negeri yang maju serta sejahtera di bawah rahmat Allah SWT.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments