Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumPERLIS ISYTIHAR CUTI 1 JANUARI BERSEMPENA 1 REJAB

PERLIS ISYTIHAR CUTI 1 JANUARI BERSEMPENA 1 REJAB

Kerajaan Negeri Perlis telah mengisytiharkan 1 Januari 2025 bersamaan 1 Rejab 1446H sebagai cuti peristiwa, bersempena sambutan Tahun Baru 2025 dan tarikh istimewa dalam bulan Islam yang mulia.

“Pemberian cuti ini adalah sebagai penghargaan kepada penjawat awam dan seluruh rakyat negeri Perlis atas usaha mereka menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baru 2025,” kata YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dalam satu pengumuman khas.

Cuti ini diberikan atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis untuk memberi ruang kepada rakyat memperingati bulan Rejab yang penuh keberkatan disamping menghargai sumbangan penjawat awam kepada negeri.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sebagai tanda kasih dan sayang kepada baginda,” seru beliau.

Pengumuman ini diharap dapat memberi peluang kepada semua rakyat untuk merancang aktiviti yang bermanfaat serta meningkatkan penghayatan bulan Rejab dalam kehidupan seharian.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments