Sunday, 20 July, 2025
HomeUmumHIMPUNAN MOTOSIKAL BERSAMA LAGENDA MOTOSIKAL PERLIS !

HIMPUNAN MOTOSIKAL BERSAMA LAGENDA MOTOSIKAL PERLIS !

Himpunan Motosikal Perlis 2024 akan berlangsung pada hari esok, di Dewan 2020.

Acara ini dijangka akan menjadi meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun oleh Kerajaan Negeri Perlis.

Program ini bertujuan untuk menghimpunkan peminat motosikal dari seluruh negeri Perlis sambil menampilkan ikon-ikon permotoran tempatan yang berjaya.

Ia dijadualkan bermula pada jam 5.00 petang dengan sesi ‘free ride’ oleh peserta motosikal menuju ke lokasi program.

Kehadiran YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, bersama YB Exco Belia & Sukan, Ridzuan Hashim, dengan menaiki motosikal akan menjadi simbolik sokongan terhadap komuniti permotoran di negeri ini.

Antara acara kemuncak yang dinanti-nantikan ialah sesi ‘Poket Talk’ yang bakal menampilkan figura hebat dari Perlis.

Faiz, usahawan berjaya dari Faiz Motor, akan memandu sesi ini sebagai moderator.

Bersama beliau ialah Safri Ramli, lagenda Cup Prix negara, dan Tuan Hj Aminuddin, yang dikenali dengan pengembaraan Ride Kembara Umrah.

Program ini juga bakal menjadi platform penghargaan kepada tokoh-tokoh permotoran, seperti Safri Ramli yang berjaya mengharumkan nama negeri dalam arena perlumbaan motosikal, serta Faiz yang menjadi inspirasi sebagai usahawan muda.

Selain itu, program juga akan dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

Antaranya ialah helmet, aksesori motosikal, dan semestinya sebuah motosikal sebagai hadiah utama.

Seterusnya, acara demonstrasi berwuduk menggunakan sebotol air, mengetengahkan nilai inovasi dan praktikaliti dalam kehidupan seharian.

Tidak dilupakan, Solat Maghrib berjemaah akan menutup acara sebagai lambang keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi.

Semua peminat motosikal dijemput untuk memeriahkan acara ini, yang bukan sahaja bertujuan meraikan hobi motosikal, tetapi juga menyemai nilai perpaduan dan inspirasi dalam kalangan masyarakat.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Himpunan Motosikal Perlis 2024!

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments