YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dengan berbesar hati menjemput seluruh rakyat Perlis untuk memeriahkan Karnival Tahun Baharu 2025, acara paling dinanti-nantikan di penghujung tahun ini!
Sambutan ini akan berlangsung di Dewan 2020, Kangar, pada Selasa, 31 Disember 2024, bermula seawal 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam.
Acara pertama yang akan berlangsung adalah Pertandingan Mewarna pada 31 Disember, hari Selasa, dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi, di Dewan 2020.
Kemudian, acara cabutan bertuah akan diadakan pada hari yang sama, memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi hadiah menarik, termasuk tiga buah motosikal yang akan diberikan kepada pemenang bertuah.
Pada malam tersebut, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan persembahan Nasyid UNIC yang akan berlangsung pada pukul 11 malam, disertai dengan pasukan nasyid Shoutul Maad.
Seterusnya pada jam 8.20 malam, Forum Perdana Islam bertajuk “Indahnya Hidup Bersyariat: Membina Generasi Ulul Albab” turut diadakan di Dewan 2020, akan membincangkan wacana yang relevan untuk membina generasi yang berpengetahuan dan berakhlak.
Oleh itu, Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kesemua program menarik yang disusun khas untuk anda dan keluarga.
Mari bersama-sama kita raikan tahun baharu ini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
#KarnivalTahunBaharu2025
#PerliskuBestariBerkatLestari