Sunday, 16 March, 2025
HomePelanconganPENIAGA JANGAN TEKAN HARGA MAKANAN- MB PERLIS

PENIAGA JANGAN TEKAN HARGA MAKANAN- MB PERLIS

Dalam ucapannya, YAB Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menegaskan bahawa kenaikan harga makanan di kedai makan di Perlis ini dikhuatiri kesan negatif kepada imej Perlis sebagai destinasi pelancongan.

“Dilaporkan kepada saya bahawa harga makanan di kedai-kedai makan (dalam Perlis) makin meningkat.

“Kita memahami peningkatan harga barang ini menyebabkan kita terpaksa meningkatkan harga makanan, tapi janganlah terlalu keterlaluan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2024, pada Isnin, 16 Disember lalu.

“Kita takut kuasa viral TikTok dan sebagainya ini dapat kuasai suasana dan memaparkan imej buruk kepada Negeri Perlis menyebabkan orang dah tak mai melawat Perlis.”

Mohd Shukri menyeru peniaga supaya beretika dalam menetapkan harga jualan dan tidak mengejar keuntungan melampau.

“Nak untung, biarlah untung berpatutan,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kenaikan harga yang tidak terkawal akan merosakkan reputasi negeri yang terkenal dengan hidangan makanan yang murah dan enak.

Beliau meminta kerjasama penuh daripada semua peniaga, terutamanya di musim cuti sekolah, supaya tidak mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong yang ramai.

“Kita ada setahun lagi Tahun Melawat Perlis 2025, tapi kita bukan nak terhenti kehadiran pelancong setakat itu sahaja. Kita nak meneruskan kehadiran orang ramai ke Negeri Perlis ini untuk tingkatkan ekonomi rakyat.

“Dimana-mana kita pi pun orang akan sebut makanan Perlis ini sedap dan murah,” ujarnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments