Sunday, 20 July, 2025
HomeBelanjawan 2025 : PBBLPEKERJAAN SEBAGAI IBADAH: PENJAWAT AWAM PERLIS DIGESA TINGKATKAN INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI

PEKERJAAN SEBAGAI IBADAH: PENJAWAT AWAM PERLIS DIGESA TINGKATKAN INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, menggesa penjawat awam di Negeri Perlis menjadikan pekerjaan sebagai satu ibadah dengan memperbaiki niat serta melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan akauntabiliti.

Dalam ucapannya ketika Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2024, beliau mengingatkan para penjawat awam tentang amanah besar yang dipikul iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Bersandarkan firman Allah dalam Surah al-Zariyat ayat 56, yang bermaksud, “Tidak dijadikan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu (Allah),” Mohd Shukri Ramli menegaskan bahawa setiap pekerjaan harus dilaksanakan dengan niat kerana Allah, seiring dengan tuntutan agama Islam.

“Sebagai khalifah Allah, kita semua memegang amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.”

“Dalam melayari bahtera kehidupan, soal ekonomi dan keperluan asas seperti makan minum, tempat tinggal dan pengangkutan memerlukan kepada kita untuk bekerja bersungguh-sungguh.”

“Oleh itu, jalankanlah pekerjaan kita sebagai satu bentuk ibadah,” ujar beliau.

Beliau turut menekankan nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam melaksanakan setiap tugasan.

“Prinsip ini penting untuk memastikan perkhidmatan awam berjalan dengan cekap, telus dan berkesan demi kesejahteraan rakyat Perlis.”

“Bekerjalah sebagai satu pasukan yang cekap, inovatif dan berdedikasi demi kebaikan negeri ini,” tambahnya.

Di akhir ucapannya, YAB Mohd Shukri Ramli turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam Negeri Perlis atas usaha dan komitmen mereka sepanjang tahun 2024.

Beliau berharap penjawat awam akan terus memberi manfaat kepada negeri, menjadikan Perlis sebagai negeri yang sejahtera dan harmoni untuk semua lapisan masyarakat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments