Monday, 16 June, 2025
HomeBelanjawan 2025 : PBBLRM350,000 DISALURKAN KEPADA IKS DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

RM350,000 DISALURKAN KEPADA IKS DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta melaksanakan program strategik yang selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata, “Kita mahu memastikan usahawan tempatan, terutama golongan IKS, mendapat sokongan menyeluruh daripada kerajaan untuk mengembangkan perniagaan mereka.”

Sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk menjayakan program tahunan Karnival Usahawan / Himpunan Usahawan Perlis.

“Karnival ini bukan sekadar acara, tetapi peluang untuk usahawan mempromosikan produk dan meningkatkan daya saing mereka,” ujar beliau.

Selain itu, RM80,000 diperuntukkan bagi program Satu DUN Satu Produk (SDSP).

Program ini mengangkat keunikan setiap kawasan DUN dengan memperkasakan produk tempatan melalui latihan, pembangunan jenama, dan sokongan pemasaran.

“SDSP memberi peluang kepada usahawan mengakses pasaran yang lebih luas serta memperkukuh kualiti dan daya saing produk,” tambah beliau.

Kerajaan turut memperuntukkan RM70,000 untuk melaksanakan pelbagai kursus dan bengkel pembangunan usahawan yang dirancang secara strategik.

“Saya yakin dengan inisiatif berterusan begini, usahawan tempatan mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.”

Beliau berkata sedemikian dalam Ucapan Belanjawan di bawah Inisiatif 8, Tekad 2: Keseimbangan Sosioekonomi Tonggak Keberkatan semasa Persidangan DUN di Kompleks DUN, Selasa lepas.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments